Murid Darjah Dua diminta lukis gambar anak berdasarkan kepada wajah ibu dan bapa dalam gambar. Susahnya!

minda kanak-kanak zaman ini, para pelajar sekolah rendah harus berhadapan dengan pelbagai soalan yang mencabar. Jika anda lihat buku latihan pelajar sekolah rendah zaman ini dan bandingkannya dengan waktu anda dahulu, pasti anda dapat lihat perubahannya.

Ada sesetengah soalan yang begitu mencabar sehinggakan orang dewasa juga mengalami kesukaran untuk menyelesaikan soalan berkenaan!

Antara soalan yang menyebabkan anda semua kusut memikirkan jawapan yang tepat adalah soalan daripada buku teks Sains bagi pelajar Darjah Dua.

Rumit sungguh soalan ini bukan? Memandangkan soalan berkenaan begitu menduga pemikiran, ia telah menarik perhatian pihak media sosial dan juga berita tempatan.

Antara soalan yang diutarakan oleh netizen adalah, bagaimana guru menentukan sama ada jawapan yang diberikan oleh pelajar adalah jawapan yang betul? Hal ini kerana guru sendiri tidak mempunyai jawapan yang tepat berkenaan soalan tersebut. Soalan ini sangat subjektif dan boleh mempunyai pelbagai jenis jawapan.

Memandangkan ramai yang keliru dengan soalan tersebut, Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru Besar Malaysia, Wong Shee Fatt telah memberikan penerangan terperinci tentang mengapa soalan sedemikian diajukan di dalam buku teks.

Chinapress

Menurut Wong, objektif soalan tersebut adalah untuk meningkatkan kreativiti para pelajar. Dengan ini, pelajar berpeluang untuk melukis apa sahaja yang berada dalam pemikiran mereka dan mengikut imaginasi masing-masing.

Di samping itu, Wong turut memaklumkan bahawa soalan ini dibina dengan tujuan untuk membolehkan murid-murid belajar mengenai genetik melalui kaedah yang lebih menarik dan menyeronokkan.

Tambah Wong lagi, selain memerlukan kemahiran berfikir secara kritikal, pendidikan moden juga menekankan kepada keupayaan pelajar untuk berfikir secara kreatif.

Misalnya, gambar wajah kanak-kanak di dalam soalan tidak semestinya perlu menyerupai ibu bapa sahaja, lukisan tersebut mungkin boleh menyerupai datuk dan neneknya. Oleh demikian, kesemua jawapan yang diberikan pelajar adalah diterima.

TheMalayMailOnline

Inilah keindahan pendidikan genetik dan soalan seperti itu juga akan mencabar kemampuan guru untuk membimbing murid-murid.

Apa pula pendapat anda mengenai jenis soalan seperti ini? Bagaimana agaknya lukisan wajah anak itu jika anda diminta untuk menyelesaikan soalan tersebut? Kongsikannya kepada rakan-rakan dan ahli keluarga di Facebook dan berikan pendapat anda!

Sumber :Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *