“SEORANG GURU” BERKONGSI KISAH SEDIH PELAJARNYA YANG MENGUNAKAN BEKAS PEMBALUT TUALA WANITA SEBAGAI TEMPAT SIMPANAN” color pencils”!

Murid bawa ‘kotex’ ke sekolah,Tapi bila diperiksa rupa-rupanya…

Seorang guru, Syafaat Nasir terkejut melihat seorang pelajar kelasnya membawa ‘tuala wanita’ ke sekolah.

Bagaimanapun, isi kandungannya tidak seperti yang kita semua sangka. Menurut guru berkenaan, sebaik sahaja dibuka dia mendapati terdapat alatan mewarna di dalamnya.

“Terkejut tengok anak murid bawa dalam kelas. Bila check, rupanya dalam ada color pencils. Takpa la. Janji boleh letak color pencils leklok.” tulis beliau.

Kejadian itu dikongsi oleh guru tersebut di akaun Twitternya hari ini.

Tapi itu bukan penghujung kisah berkenaan. Guru berkenaan kemudian menghadiahkan pelajar tersebut sebuah kotak pensil baharu bersama satu beg kecil untuk menyimpan pensil warnanya.

“Haaaa pencil box dan color pencils box baru. Nasib baik ada stok hadiah pertandingan lebih haritu. Parents jangan tak sensitif sangat ya!” tulis Syafaat.

Kata Syafaat juga, selepas kejadian sedih itu dikongsi di Twitter, orang ramai mula menghubunginya untuk menyumbang.

“Laju gila orang whatsapp gua nak bagi sumbangan color pencils baru untuk students gua. Baik betul hati. Murah rezeki la semua!”.

Ini sekaligus menunjukkan betapa pemurahnya orang Malaysia. Syabas semua!

Dan untuk adik tersebut moga menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat nanti ya, kesungguhan adik untuk terus mengejar ilmu,  amat kami di sembangmedia banggakan.

semoga ad lebih ramai lg orang di luar sana yang mempunyai kelebihan untuk menuntut ilmu menjadikan adik sebagai contoh

dan kami juga mendoakan adik agar terus maju jaya dalam ap jua bidang academic yang adik ceburi di masa akan datang.

olahan:sembang media

Sumber: Twitter Syafaat Nasir, terengganutimes.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *