Auto Draft

Fattah, Fazura Dipercayai Nikah Di Hotel Mewah Malam Ini

Auto Draft

Fattah dan Fazura dipercayai bernikah dengan kawalan ketat. FOTO: Rizman Ruzaini

KUALA LUMPUR: Ketika kecoh isu pertunangan antara Fattah Amin dan Fazura pada 13 November lalu, timbul pula kontroversi baharu apabila pasangan berkenaan dipercayai melangsungkan akad nikah pada malam Isnin.Mereka dikatakan melangsungkan pernikahan di hotel Ritz Carlton, Bukit Bintang di ibu negara.

mStar Online yang berada di hotel tersebut sejak 6 petang mendapati pengurus kepada Fazura iaitu Iman Thang turut berada di lokasi berkenaan.

Beberapa pengawal peribadi dilihat berlegar-legar di sekitar lobi hotel.

Sekitar 6.30 petang, dua orang lelaki tiba di lobi hotel dipercayai membawa pakaian pengantin masing-masing berwarna putih dan pirus (turquoise) sebelum diiringi oleh pengawal untuk naik ke lif.

Auto DraftTingkat 29 hotel ini yang kelihatan dengan nyalaan lampu biru dipercayai lokasi pernikahan Fattah dan Fazura.

Hasil pemerhatian mStar Online lagi, keadaan di perkarangan hotel juga tenang dan hanya pada pukul 8 malam dua individu lengkap berpakaian baju kurung dan baju Melayu berwarna pirus muncul di lobi dipercayai hadir untuk ke majlis itu.

Seorang lelaki yang berpakaian baju Melayu dari warna sama kemudiannya dilihat turun mengambil dua tetamu berkenaan untuk ke tingkat 29.

Hanya mereka yang mempunyai kad akses sahaja boleh ke tingkat berkenaan.

Namun tiada pihak yang dapat mengesahkan perkara itu.

Terdahulu, Fattah, 27 dan Fazura, 34, pada Khamis lalu merungkai persoalan mengenai hubungan mereka yang dikatakan telah bernikah sebelum berangkat menunaikan umrah pada 15 November lalu.

Menerusi sidang media yang diadakan sejurus mereka tiba di tanah air, pasangan itu menyangkal dakwaan sudah berkahwin sebaliknya hanya melangsungkan pertunangan pada 13 November lalu.

Malah pasangan itu tidak menafikan akan bernikah dalam masa terdekat yang akan diadakan secara tertutup sementara majlis resepsi pula akan diadakan pada tahun hadapan.

Sumber: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *