[VIRAL] “Berapa lama dah kau skandal dengan laki aku?” – Wanita Sangka Suami Ada Skandal, Rupa-rupanya…

 

Ramai yang menjadikan pekerjaan melakukan surprise delivery sebagai sumber pendapatan mereka. Baru-baru ini, salah seorang daripada mereka telah berkongsikan kisah kelakar, di mana kejutan yang dirancangkan menjadi satu kejutan yang lain.

“Kisah benar surprise delivery hari ini.. Panjang sikit tapi tersangatlah surprise“

Melalui perkongsian oleh Yue Shariff ini, dia mengatakan bahawa sebelum ini ada seorang lelaki yang bergelar suami, telah menempah sejambak bunga khas buat isterinya. Katanya, lelaki tersebut begitu teruja untuk membuat kejutan ini memandangkan hari jadi isterinya itu bakal tiba tidak lama lagi. Seperti peniaga lain juga, setiap urusan jual beli adalah dengan menggunakan Whatsapp sahaja, ianya lebih mudah dan ringkas.

“Masa kita sibuk-sibuk nak delivery kat wife dia tadi, tiba-tiba wife dia sendiri call kita!”

Pada waktu itu, Yue agak terkejut apabila mendapat panggilan daripada isteri pelanggannya itu. Sebelum ini, tidak pernah berlaku kejadian sedemikian. Apabila Yue jawab sahaja panggilan tersebut, dia terkejut dengan kata-kata wanita itu.

“Kau kenapa minta duit laki aku? Siap jumpa kat Mahkota bagai! Berapa lama dah kau skandal dengan laki aku ni?”

“Mentang-mentang laki aku polis, kau nak menggatal ek? Bla bla bla.. Aku nak jumpa kau!”

Yue turut mengatakan bahawa wanita itu mengeluarkan kata-kata kesat padanya. Berani kerana benar, Yue terima permintaan wanita tersebut untuk berjumpa dengannya. Kata Yue,

“Okay dik, nak jumpa kat mana?”

“Apa adik-adik? Kau datang kat Jusco sekarang! Aku kat sini!”
Yue mengatakan bahawa niatnya memanggil wanita tersebut kerana umurnya yang baru sahaja 26 tahun. Tanpa membuang masa, Yue turut bergegas berjumpa dengan wanita itu.

“Sampai Jusco, kita call1 dia siap bawa bunga yang husband dia tempah. Dia bagitahu tempat, pakai baju apa siap!”

Yue juga agak terkejut kerana wanita itu membawa dua hingga tiga orang kawannya yang ala-ala menjadi ‘bodyguard‘ untuk memukulnya.

“Kita jumpa dia, kita senyum. Muka dia macam singa wei tapi cantik orangnya. Kecil molek! Kalau kita kepit celah ketiak pun lemas dah ni!”

Tanpa membuang masa, Yue terus berterus terang dengan wanita berkenaan tentang hal yang sebenar.

“Puan ***, ini bunga yang suami puan suruh saya hantar pada puan. Atas urusan pembelian bunga inilah saya berhubung dengan suami puan tu. Berjumpa pun sebab dia nak buat payment hari itu”

“Sekarang ini, bila sampai je bunga ini ke tangan puan, bermakna urusan saya selesai. Puan ada apa-apa lagi urusan dengan saya?”

Yue menerangkan segalanya dengan cara yang lembut kerana risau sekiranya wanita tersebut tidak percaya padanya. Selesai sahaja berterus terang, wanita itu diam membisu dan dapat dilihat wajahnya merah padam menahan malu.

“Yang bodyguard pun dia. Sendu! Nak marah ke, nak nangis ke kita tak tahu! Dia cuma cakap perlahan ‘terima kasih’..”

Haa untuk kaum wanita, jangan terus bertindak mengikut perasaan marah tu… Selidik dulu!

Nota: Gambar yang digunakan adalah sekadar hiasan

Sumber: lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *