(14 Gambar)Pelukan terakhir tiga beradik maut kemalangan undang sebak

KUANTAN – Wan Muhammad Mahathir Rafiqi Wan Kamaruzzaman yang memeluk ibunya, Rosnani Ibrahim sebelum berlepas menunaikan umrah pada Khamis lalu seolah-olah menjadi tanda perpisahan mereka.

Wan Muhammad Mahathir Rafiqi 14, maut dalam kejadian kemalangan di Kampung Batu Putih, di sini jam 5 pagi tadi bersama dua kakaknya, Wan Nur Athirah, 27, dan Wan Nur Afifah, 25.

Auto Draft

Auto Draft

Auto Draft

Auto DraftWan Nor Afifah Wan Mohd Kamaruzzaman

Kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Cherry Easter dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam parit di tepi jalan utama Pekan-Kuantan.

Dua lagi penumpang yang bersama mereka, iaitu ibu saudara, Salmah Ibrahim, 58, serta anaknya, Nurul Aliani Zawawi, 25, kini dirawat di Unit Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Ibu saudara mangsa mahu dikenali sebagai Mama, berkata dia sedih melihat gambar dirakam sebelum Rosnani dan suaminya, Wan Kamaruzzaman serta anak keempat mereka, Wan Nor Aqilah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menunaikan umrah pada Khamis lalu.

“Wan Muhammad Mahathir adalah pelajar sekolah pondok di Cherating rapat dengan ibunya kerana dia anak bongsu daripada lima beradik.

“Saya tidak sanggup tengok gambar mereka berpeluk buat kali terakhir itu,” katanya yang turut berkongsi gambar itu dengan media ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, hari ini.

Auto Draft

Auto Draft

Auto Draft

Auto Draft

Sementara itu, ibu bapa serta adik perempuan kepada tiga beradik berkenaan telah menerima berita sedih itu ketika melakukan tawaf umrah.

Seorang daripada ahli keluarga dikenali sebagai Basir, berkata berita kematian mangsa dimaklumkan kepada ibu bapa mangsa, Rosnani Ibrahim dan Wan Kamaruzzaman Wan Mohamad, serta adik perempuan, Wan Nur Aqilah, menerusi ejen pengurusan umrah.

“Mereka reda dengan kejadian menimpa Wan Nur Athirah, Wan Nur Afifah dan Wan Muhammad Mahathir Rafiqi, mereka memutuskan untuk kembali ke Malaysia bagi melihat insan tersayang mereka buat kali terakhir.

“Ejen pengurusan umrah berkenaan memberitahu ketiga-tiga mereka dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 11 pagi esok dan dibawa terus ke Kemaman.

“Jenazah tiga beradik berkenaan dibawa ke Hospital Kemaman malam ini untuk disimpan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Kapur, Binjai. Bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sudah selesai sebentar tadi,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *