‘Doktor Kata Mungkin Baby Sumbing’ Isteri Lan Solo Kongsi Perkembangan Terkini Kandungannya

‘Doktor Kata Mungkin Baby Sumbing’ Isteri Lan Solo Kongsi Perkembangan Terkini Kandungannya

‘Doktor Kata Mungkin Baby Sumbing’ Isteri Lan Solo Kongsi Perkembangan Terkini Kandungannya

Satu jam yang lalu, isteri kepada penyanyi Lan Solo ada berkongsi perkembangan terkini kandungannya.

Menurut isteri Lan yang dikenali dengan nama Sheila, menunjukan gambar imbasan kandungannya di Instagram.

Namun apa yang menyentuh perasaan MH, apabila Sheila memberitahu kandungannya yang berusia 30 minggu itu sihat tetapi mungkin mengalami masalah Cleft Lip atau sumbing.

Namun perkara itu langsung tidak mematahkan semangat isteri kepada penyanyi tersebut.
Malah, dia turut meminta sesiapa yang mempunyai pengalaman serta berkongsi info anak sebegini untuk tampil berkongsi cerita dengannya.

Katanya, dia ada juga terbaca tentang rawatan pembedahan namun dia masih mahu pandangan serta perkongsian orang ramai untuk dapatkan keputusan yang terbaik buat anaknya.

“Alhamdulillah genap #30weeks.. .
Baby pon sihat.. cuma, keputusan detail scan smlm doc kata baby KY mungkin CLEFT LIP /SUMBING BIBIR.. .
Jadi KY seronok nak bertanya dan mungkin ada yg sudi share pengalaman utk handle baby mcm kami.. .
Maklum la,ini pengalaman pertama kami dan kami kurang info.. .
KY ada juga terbaca tentang kat mana utk buat surgeri dan lain2.. .
KY & LS nak bg yg terbaik utk baby kami yg bakal lahir ni nanti.. .

 

‘Doktor Kata Mungkin Baby Sumbing’ Isteri Lan Solo Kongsi Perkembangan Terkini Kandungannya

Ada yg sudi share pengalaman atau pengetahuan? . . .” tulisnya di Instagram

Apapun MH bangga dengan keberanian dan semangat yang Sheila lakukan demi anak tercinta. Semoga semuanya dipermudahkan!

SUMBER: Instagram @sheilarazlan via mediahiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *