Bangga Dengan Hairul Azreen Walaupun Pernah Jadi Budak Rempit, Hidup Susah Sebelum Mencapai Apa Yang Ada kini !! Dan Tak Pernah Malu…

Bangga Dengan Hairul Azreen Pernah Jadi Budak Rempit, Hidup Susah Sebelum Mencapai Apa Yang Ada kini !! Dan Tak Pernah Malu...

Kredit foto: Instagram Hairul Azreen 

Meskipun didakwa menumpang kesenangan isteri dan anaknya, tiada siapa sedar akan usaha yang dilakukan pelakon Hairul Azreen sebelum berpeluang mengecapi kehidupannya sekarang.

Mungkin pihak yang membuat dakwaan sedemikian hanya melihat prestasi Hairul dalam bidang lakonan, sedangkan fokusnya kerjayanya kini adalah dalam bidang perniagaan.

Nama Hairul mungkin tidak segah nama pelakon-pelakon lelaki lain, namun menerusi perniagaan yang diusahakan bersama isterinya, rezeki Hairul sekeluarga begitu mencurah-curah tatkala ini.

Bangga Dengan Hairul Azreen Pernah Jadi Budak Rempit, Hidup Susah Sebelum Mencapai Apa Yang Ada kini !! Dan Tak Pernah Malu...

Kredit foto: Instagram Hairul Azreen

Saya dahulu budak rempit, orang susah tetapi saya ada cita-cita besar dalam hidup saya dan ia tidak akan datang bergolek jika tiada usaha. Alhamdulillah sebelum berkahwin lagi kehidupan saya sudah berubah dan sejak memenangi pertandingan Fear Factor beberapa tahun dahulu ia turut membuka mata saya. Wang hasil kemenangan itulah saya gunakan untuk memulakan perniagaan bersama Hanis ketika itu dan Alhamdulillah berkat usaha dan rezeki daripada Allah ia menjadi.

Malah Hairul turut menyifatkan isterinya sebagai tulang belakang di sebalik kejayaannya selama ini.

Bangga Dengan Hairul Azreen Pernah Jadi Budak Rempit, Hidup Susah Sebelum Mencapai Apa Yang Ada kini !! Dan Tak Pernah Malu...

Kredit foto: Instagram Hairul Azreen 

Setiap orang daripada kita sekali seumur hidup pasti pernah lakukan satu pekerjaan yang kita akan ingat sampai bila-bila. Terutama kerja untuk cari duit lepas habis sekolah. Pelakon Hairul Azrin mendedahkan yang dirinya pernah bekerja sebagai pengecat jalan di highway KESAS sebelum ini.

Hairul dalam satu kapsyennya di Instagram memberitahu dia agak malu masa tu jika gambarnya diambil takut kekasihnya lari dalam nada bergurau.

Yang penting setiap perkara yang kita lakukan pasti tersimpan pengalaman dan kenangan yang tak dapat kita lupakan.

olahan:sembang media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *