Auto Draft

FUHH GILA LAH! INI DIA KOLEKSI DAN SENARAI HARGA BEG TANGAN FAZURA BERNILAI LEBIH RM300K!

Auto Draft

Bila bergelar selebriti ni, setiap tindak tanduk dan penampilan menjadi perhatian umum. Pergi kemana saja pun pasti akan dikerumuni peminat.

Pelakon cantik sensasi, Nur Fazura, tidak perlu diperkenalkan lagi. Baru saja mendirikan rumah tangga bersama Fattah Amin, Fazura ni sebenarnya penggemar tas tangan. Lebih mengejutkan ada di antara koleksi beg tangannya bernilai hampir ratusan ribu!

Memang ramai wanita gigit jari melihat koleksi beg tangan yang pernah digayakan oleh Fazura.

HERMES Birkin Bag Malachite -RM60,845

HERMES Constance – RM40,000

Auto Draft

Auto Draft

Auto Draft

Chanel Round Hard Case Carry Bag – RM12,000

Channel Grand Shopping Tote – RM11,600

Auto Draft

Channel Large 2.55 Handbag – RM26,500

HERMES Rouge Pivoine Birkin 30 Red Gold – RM79,700

Auto Draft

Sumber: Instagram Fazura via Kisahrumahtangga

.

Penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini, mendedahkan ada cerita di sebalik tercetusnya idea memasukkan perkataan ‘cumi cumi’ atau ‘cuba misscall’ dalam lagu Pematah Hati dendangan Nabila Razali.

Katanya, idea berkenaan timbul secara spontan ketika dia memakan keropok cumi atau sotong.

Lagu ciptaan Hael dan rakannya, Ezra Kong, itu menjadi sohor kini sekali gus meledakkan nama penyanyi terbabit. Ia juga pastinya mengukuhkan lagi portfolio Hael sebagai komposer muda yang menjadi rebutan ramai artis.

“Semuanya terjadi secara kebetulan ketika saya sedang asyik makan keropok cumi. Saya mempelawa Ezra makan sekali, sambil menyebut perkataan cumi beberapa kali.

“Lantas, saya dan Ezra saling berpandangan apabila terpacul perkataan cumi itu. Apa lagi, fikiran kami mula melayang ke satu sudut. Dia main gitar dan saya pula ambil bahagian dalam bab melodi.

“Kami sama-sama ‘jamming’ lagu itu. Saya turut membuat penyelidikan mengenai perkataan cumi (cuba misscall) yang sedang menjadi aliran masa kini dalam kalangan budak zaman sekarang,” katanya.

Hael berkata, pada awalnya ada single lain yang dirasakan sesuai diberikan kepada bekas pelajar Akademi Fantasia 2013 itu.

“Namun, selepas muncul idea ‘cumi’ itu, perancangan single untuk Nabila ditukar. Saya dan Ezra berasakan lagu ‘cumi’ ini lebih sesuai untuknya.

“Untuk menjadikan Pematah Hati lebih dramatik dan dekat dengan pendengar, kita kaitkan kisah Nabila sendiri dalam percintaan.

“Tanpa diduga, percaturan menukar single berkenaan membuahkan hasil. Semuanya bagai tersusun cantik untuk Nabila.

“Lalu, single asal yang dirancang untuknya disimpan dulu. Kita pun belum pasti apakah lagu terbabit patut diberikan kepada penyanyi lain,” katanya.

Sejak dimuatnaik ke laman YouTube pada 28 November lalu, video muzik Pematah Hati kini sudah pun ditonton lebih 11.2 juta kali.

Mengenai kerjasama dirinya dengan Ezra, Hael berkata dia sangat selesa bekerja dengan komposer itu.

“Saya dan Ezra sangat selesa bekerjasama. Dia bagai melengkapi apa yang saya usahakan dan boleh diibaratkan sebagai ‘partner in crime’. Kami mula bekerjasama sejak lagu Hati Hati dendangan Amira Othman, kira-kira tiga tahun lalu,” katanya.

Selain Nabila dan Amira, Hael yang meledak dengan Jampi turut mencipta lagu untuk Dayang Nurfaizah, Siti Nordiana dan Jaclyn Victor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *