Auto Draft

(VIDEO ALIFF AZIZ DI GYM) PERHHH Peminat Puji Aliff Aziz Semakin Sado memang cun kan?

Auto Draft

Sejak kebelakangan ini, sosok tubuh penyanyi dan pelakon Aliff Aziz kelihatan semakin tegap.Mula mendekatkan diri dengan aktiviti kecergasan, jejaka kelahiran Singapura ini sering menghabiskan masa bersenam di gimnasium.Menerusi sebuah entri yang dimuat naik oleh Aliff di laman Instagram miliknya beberapa hari lalu, penyanyi lagu Sayang Sayang ini menjadikan aktiviti kecergasan sebagai azam tahun barunya.Aliff memuat naik potongan video dirinya sedang bersenam dengan kapsyen: “Salah satu daripada azam tahun baru saya. Untuk meningkatkan tahap kesihatan secara keseluruhan dan fizikal, Insya-Allah.”

Aktiviti kecergasan yang menjadi amalan Aliff nampaknya membuahkan hasil kerana perubahan bentuk badannya mula menjadi perhatian peminat.

Ada pengikut laman Instagram Aliff mula memanggil penyanyi lagu Jangan Ganggu Pacarku ini dengan gelaran ‘abang sado’.

“@afizztrw18_kelate: Fuyooo. Abang sado.”

“@_aathi.raa: Keep it up bro! Salute!”

“@hanmaleq_: Good job bang. Body dah tinggi lepas tu fit. Pergh, macam model woo. Bertuah Kak Bella.”

“@faezulhakim: Dah jadi lah bro!”

“@nurfaima2016: Sado.”

Aliff kini sedang sibuk di set penggambaran drama bersiri untuk slot Samarinda berjudul Melankolia bergandingan dengan Nonny Nadirah.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Aliff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *