Pulau Terkecil Di Dunia Boleh Memuatkan Sebuah Rumah Dan Sebatang Pokok Sahaja

Pulau Terkecil Di Dunia Boleh Memuatkan Sebuah Rumah Dan Sebatang Pokok Sahaja

Pasti anda pernah berfantasi untuk memiliki sebuah pulau khas untuk anda seorang diri sahaja bukan?

Memiliki sebuah pulau merupakan satu status simbol juga. Ini kerana, harga sebuah pulau bukanlah murah. Kebanyakan selebriti seperti David Beckham dan Leonard DiCaprio mempunyai tanah yang lapang, khas untuk mereka sendiri sahaja. Namun, ianya sangat besar dan boleh memuatkan rumah yang besar, lengkap dengan taman dan gelanggang bola keranjang.

 

Pulau Terkecil Di Dunia Boleh Memuatkan Sebuah Rumah Dan Sebatang Pokok Sahaja

 

Pulau Terkecil Di Dunia Boleh Memuatkan Sebuah Rumah Dan Sebatang Pokok Sahaja

 

Tapi, tidakkah ianya sangat hebat jika anda memiliki sebuah pulau yang boleh memuatkan satu rumah kecil sahaja?

Di New York, terdapat sebuah pulau kecil yang dinamakan Just Room Enough Island. Ianya merupakan salah satu daripada 1,864 pulau yang terletak di St. Lawrence River yang memisahkan New York dan Ontario, Kanada.

Pulau itu yang dikenali juga sebagai Hub Island telah dibeli oleh keluarga berada yang membina sebuah kotej kecil dan menanam sebatang pokok di situ.

Sekiranya anda seorang introvert, pasti anda akan menyukai tempat itu.

 

Pulau Terkecil Di Dunia Boleh Memuatkan Sebuah Rumah Dan Sebatang Pokok Sahaja

 

Pulau Terkecil Di Dunia Boleh Memuatkan Sebuah Rumah Dan Sebatang Pokok Sahaja

 

Untuk mendapatkan status pulau di negeri itu, ianya mestilah menepati beberapa spesifikasi dan kriteria. Just Room Enough Island ini hampir-hampir tidak menepati kriteria tersebut.

Tanah sebesar 3,300 kaki persegi ini cukup-cukup sahaja untuk sebuah rumah dan sebatang pokok ini.

Tersilap langkah, dan anda bakal berenang di dalam laut.

Keluarga ini telah membeli pulau itu dan membina kotej agar mendapat privasi dan ketenangan. Namun, apabila ianya kini mendapat perhatian daripada pelancong, hilanglah segala privasi yang mereka idamkan.

 

Pulau Terkecil Di Dunia Boleh Memuatkan Sebuah Rumah Dan Sebatang Pokok Sahaja

 

Pulau ini juga telah mendapat gelaran pulau terkecil di dunia menurut Guinness Book of World Records.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

 

Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *