Gempar!! Farid Kamil ditahan kerana tampar polis

Gempar!! Farid Kamil ditahan kerana tampar polis

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Farid Kamil Zahari ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota polis di Kota Damansara, Petaling Jaya sebentar tadi.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, selebriti berusia 36 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan tersebut di kaunter aduan Balai Polis Kota Damansara.

“Ujian air kencing sedang dijalankan bagi menentukan sama ada dia di bawah pengaruh dadah,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. – UTUSAN ONLINE

Kredit: Utusan

PETALING JAYA: Seorang pelakon yang baru dianugerahkan gelaran Datuk, ditahan selepas menampar seorang anggota polis dan menendang orang awam ketika berada di kaunter trafik Balai Polis Kota Damansara di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata ketika ini siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 90 Akta Polis kerana berkelakuan tidak senonoh dalam balai polis.

“Saya mengesahkan kejadian berkenaan. Ketika ini pelakon berusia 37 tahun terbabit masih berada di balai berkenaan. Kita tahan beliau untuk siasatan lanjut.
Gempar!! Farid Kamil ditahan kerana tampar polis
ACP Mohd Zani Che Din. – Foto Khairull Azry Bidin

“Pihak polis juga akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenalpasti sama ada pelakon berkenaan berada di bawah pengaruh dadah atau tidak,” katanya ketika dihubungi BH sebentar tadi.

Dalam kejadian jam 1.20 tengah hari itu, pelakon terbabit dilaporkan datang ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan satu kemalangan jalan raya.

Ketika berurusan di kaunter terbabit, pelakon berkenaan secara tiba-tiba menampar muka petugas yang menerima aduan itu sambil disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.

Dia juga turut menendang kaki orang awam yang berada dalam balai sebelum ditahan beberapa anggota polis lain.

Kredit: beritaharian

Kejadian depan mata td..Farid Kamil bukak baju time hujan2 🤦🏻‍♂️ xde plk kamera shoot ke apa..hehe..muka mcm blur je

Posted by Azizi Ibrahim on Donnerstag, 11. Januar 2018

 

Salam YDH Tuan

“Kejadian Artis tumbuk anggota EO Balai Trafik Kota Damansara”

Kota Damansara Repot: 295/18

Pengadu:
Nama : Konst. 194277 Muhammad Nizam Bin Jamaluddin
Anggota Trafik Kota Damansara
No Telefon : 0109716364

RINGKASAN KES :
Satu laporan polis dibuat oleh pengadu seorang anggota polis yang bertugas di kaunter Trafik Kota Damansara menyatakan Pada 11/01/2018 jam l/krg 1320hrs datang seorang lelaki melayu bernama Farid Kamil bersama satu orang awam yang membantunya yang terlibat kemalangan untuk membuat laporan di balai trafik. Semasa pengadu bertanya kepada lelaki tentang kejadian kemalangan, Lelaki itu Farid telah menunjukkan telefon bimbit bertulis “300 artis meminjam ah long kerana tiada kerja”, lalu pengadu bertanya kepada lelaki tersebut. Lelaki tersebu marah dantelah menampar pengadu disaksikan oleh Kpl 110562, dan 3 orang awam: Vikenesvaran, Wong Kok Keong, dan Ashraf.

Selepas itu Lelaki yang sama telah menyepak orang awam lain.

Lelaki tersebut nerupakan artis dengan gelaran Datuk Farid Kamil. Pengadu telah membuat tangkapan ke atas lelaki tersebut kerana berkelakuan merusuh, berkelakuan tidak senonoh dan menyerang serta mencederakan pengadu yang juga seorang penjawat awam yang sedang menjalankan tugas rasmi mengikut fungsi tugasnya.

Laporan telah dirujukan kepada IO (J) Insp. Faizal.

Sekian untuk makluman YDH Tuan.

Tq Tuan.

 

*******************************

Salam sejahtera YDH Dato’ Pahlawan/Datuk/Tuan.
Kota Damansara Rpt 295/18 Sek 90 Akta Polis.
Pada jam 1320, 11/1/2018, bertempat di kaunter pengaduan cawangan trafik kota damansara, seorang lelaki yg dikenali sebagai Datuk Farid Kamil telah menampar anggota polis yg bertugas, menendang orang awam yg berada di situ. Saspek tidak berbaju, percakapan tidak jelas dan dipercayai di bawah pengaruh dadah. Saspek ditangkap untuk siasatan lanjut dan ujian air kencing. Makluman lanjut akan dikemas kini. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *