KENYATAAN BAR

KENYATAAN TERBARU ERRA “Tidak Tahu Dimana Penghujung Hubungan Ini”!!

Menyedari ramai yang tidak merestui ‘hubungan rapat’ diantara dirinya dan Shahir dek kontroversi yang berpanjangan, Erra Fazira minta peminat doakan yang terbaik buatnya. Dalam masa sama, Erra menyerahkan soal jodoh pada ketentuan takdir yang dirinya sendiri tidak tahu dimana penghujungnya.

KENYATAAN BAR

 

“Apa saya boleh katakan, doakan yang terbaik buat saya. Mungkin sekarang kita nampak seseorang itu banyak masalah, tetapi di penghujungnya mungkin dia lebih baik daripada mereka yang tidak punya masalah hari ini”

Tambah Erra, orang luar senang mempertikaikan keputusannya yang masih meneruskan hubungan rapat dengan Shahir tetapi hanya dirinya yang melalui kehidupan itu lebih mengetahui segalanya.

KENYATAAN BARHubungan Erra dan Shahir mendapat perhatian sejak empat tahun lalu.

 

“Saya dengar dan hargai semua nasihat yang diberikan, dalam masa yang sama, saya minta Allah SWT agar diberikan petunjuk serta dipermudahkan perjalanan. Orang cakap saya sepatutnya kahwin dengan orang seperti ini, seperti itu. Senanglah hidup jika situasinya begitu”

Terdahulu ada gosip liar mengatakan pasangan itu bakal berkahwin pada Mac depan, bagaimanapun Erra menafikan dakwaan tersebut dan meminta agar berhenti bertanyakan soal peribadi mengenai Shahir kepadanya lagi.

“Tetapi kehidupan tidak semudah kita bercakap. Ini cabaran dalam hidup saya dan saya hanya mampu berdoa agar diberikan yang terbaik. Tiada perancangan kahwin buat masa ini. Tahun ini, perancangan saya ialah fokus kepada kerja,” jelasnya di sidang media semalam. (rtky/w)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *