Auto Draft

10 Perkara yang tidak seharusnya dilakukan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka.

Kata orang melentur buluh dari rebungnya, kalau hendak mendidik anak biarlah dari kecil. Jadi, buat ibu bapa di luar sana didiklah anak sejak mereka kecil, betulkan apa yang salah, beritahu mereka apa yang seharusnya mereka lakukan dan jangan terlalu memanjakan mereka.

Tidak salah memanjakan anak tetapi haruslah berpada-pada supaya mereka juga dapat belajar berdikari.

Berikut adalah beberapa perkara yang tidak seharusnya kita lakukan untuk anak-anak kita. Ambil serius perkara-perkara ini dan anak-anak anda pasti akan berterima kasih kepada anda kelak.

1. Bercakap bagi pihak mereka

Auto Draft

Jika ada yang bertanya sesuatu kepada anak anda seperti siapa namanya, ke mana dia mahu pergi dan sebagainya, biarlah anak anda yang menjawab.

Jangan sesekali anda menjawab bagi pihak anak anda melainkan jika anak anda sememangnya tidak faham akan apa yang ditanya.

Dengan cara ini kita sebenarnya memberi peluang untuk mereka menjawab sendiri. Lain kali apabila anda mahu bercakap bagi pihak anak anda, cuba elakkan. Biarkan mereka bercakap untuk diri mereka sendiri

2. Jadi rakan mereka

Auto Draft

Ramai ibu bapa cuba menjadi kawan kepada anak-anak mereka dan mereka tidak mahu anak-anak mereka menympan apa-apa rahsia daripada mereka. Tidak salah semua itu tetapi haruslah berpada-pada kerana mereka juga punya privasi yang perlu dihormati.

Tidak semua perkara mereka boleh kongsikan dengan ibu bapa, jadi mereka selalunya bercerita kepada kawan yang sebaya dengan mereka, yang lebih faham akan situasi yang sedang mereka lalui.

Tiada ibu bapa yang tidak sayang akan anak, tetapi biarkan anak-anak mencari kawan-kawan mereka sendiri. Tetaplah di sisi mereka ketika mereka memerlukan memerlukan kasih sayang dan sokongan anda.

3. Keperluan vs kehendak

Auto Draft

Sebagai ibu bapa kita tahu apa yang terbaik untuk anak-anak tetapi mereka juga punya kehendak yang mahu kita ikuti. Jadi, cuba pujuk dan fahamkan mereka apa sebenarnya yang mereka perlukan.

Beritahu mereka akan akibat daripada perbuatan mereka contohnya, gigi mereka akan rosak jika banyak makan gula-gula atau makan sayur-sayuran sangat baik untuk tubuh badan dan jika mereka sihat mereka akan dapat bermain bersama kawan-kawan.

Kawal kehendak mereka dengan logik dan lemah lembut, jangan gunakan kekerasan.

4. Terlalu sibuk membantu mereka 

Auto Draft

Kanak-kanak berusia 2 dan 3 tahun biasanya sudah dapat memakai pakaian mereka dengan sendiri, mencuci cawan dan meletakkan pakaian kotor di mesin basuh. Tambahan lagi, pada zaman ini, kanak-kanak lebih suka dan teruja untuk melakukan semua itu sendiri.

Jadi, biarkan mereka lakukan apa yang mereka mahu lakukan dan apa yang mampu mereka lakukan.

Jika mereka boleh pakai baju dan seluar sendiri, biarkan. Perkara ini mungkin dilihat kecil tetapi perkara seperti inilah yang membantu mereka untuk belajar berdikari sejak kecil.

5. Memaksa anak-anak mengikut selera kita

Auto Draft

Kita selalu mahukan anak-anak mengikut apa yang kita suka; genre muzik, buku, gaya pakaian dan sebagainya. Tidak salah untuk memberitahu mereka tentang pilihan terbaik yang boleh mereka ambil tetapi biarlah mereka yang membuat keputusan sendiri kerana mereka juga punya minat yang tersendiri, tidak sama seperti ibu bapa.

Jika anda terus mengawal dan menentukan minat mereka tidak mustahil suatu hari nanti mereka akan protes terhadap apa yang anda lakukan.

6. Kira wang mereka

Auto Draft

Ramai ibu bapa yang mendidik anak mereka untuk menabung sejak mereka kecil lagi. Perkara itu sangat bagus tetapi apa yang tidak baik ialah apabila anda menyoal anak-anak dan cuba mencari tahu berapa banyak wang yang mereka tinggalkan.

Perkara yang paling tidak seharusnya dilakukan ialah memeriksa beg atau poket mereka. Ini membunuh kepercayaan mereka dengan serta-merta.

Sebaiknya ajar anak-anak anda untuk mengurus wang dengan baik dan dan biarkan mereka melakukan apa yang mereka mahu dengan wang mereka.

7. Pilih hobi dan minat mereka

Auto Draft

Ramai ibu bapa kini yang menentukan minat dan hobi anak-anak mereka. Setiap petang mereka akan dihantar ke kelas muzik, atau ke kelas tarian padahal anak mereka sebenarnya lebih suka bersukan.

Ibu bapa seharusnya memerhatikan anak mereka, lihat apa yang mereka suka, di mana kecenderungan mereka dan tanya apa yang mereka mahu lakukan. Biarkan mereka memilih kerana pilihan itulah yang boleh menentukan kejayaan dalam bidang yang mereka ceburi.

8. Ambil kejayaan anak-anak sebagai kejayaan mereka 

Auto Draft

Apabila anak-anak mula menunjukkan perkembangan diri ramai ibu yang melihat semua itu sebagai kejayaan mereka walaupun hakikatnya anak-anak yang perlu diraikan jika mereka berjaya dalam sesuatu.

Apabila anak-anak mulai membesar, perkara seperti ini akan menjadi lebih serius. Ibu bapa akan mula menceritakan bagaimana anak-anak mereka berjaya menamatkan kolej dan mendapat pekerjaan, dan apa yang mereka lakukan itu semata-mata untuk mendapat pujian dan merit untuk mereka sendiri.

9. Pilih hadiah bagi pihak anak-anak

Auto Draft

Apabila kanak-kanak sudah boleh bercakap, mereka berhak memilih apa yang mereka mahu sebagai hadiah. Hal ini dapat membantu kanak-kanak dalam beberapa perkara penting: keupayaan untuk memilih, membuat keputusan dan menghadapi akibatnya.

Apa yang perlu anda dilakukan? Biarkan anak anda memilih hadiah yang mereka mahu selagi tidak melampau batas.

10. Masuk campur dalam hal peribadi mereka

Auto Draft

Perkara ini paling banyak berlaku dalam kalangan ibu bapa. Tidak salah untuk mengetahui apa yang sedang dilakukan mereka, dengan siapa mereka berkawan tetapi haruslah dilakukan dengan cara yang berhikmah dan lemah lembut. Jangan marah mereka sebarangan kerana mereka mungkin akan takut untuk berkongsi apa sahaja pada masa akan datang.

Anda harus biarkan mereka mempunyai ruang peribadi mereka sendiri. Jangan tanya terlalu banyak soalan jika anda melihat bahawa mereka tidak mahu berkongsi. Masanya akan tiba dan apabila mereka sudah bersedia mereka akan kongsikan dengan anda.

Kredit : kuasaviral.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *