Auto Draft

“Alhamdulillah, It’s A Girl!” – Nora Danish Selamat Bersalin Comeinya!!

Auto Draft

Pelakon cantik Nora Danish telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada awal pagi tadi.

Menerusi perkongsian IG story milik pelakon Betty Rahmad, Nora sah melahirkan bayi perempuan.

“Alhamdulillah, it’s a girl,” ucap Betty sambil merakamkan riaksi suami Nora, Nedim Nazri di hadapan pintu bilik bersalin.

Terdahulu, menerusi kemas kini Instagram Nedim, pelakon filem Polis Evo itu disahkan akan bersalin sekitar minggu ini.

Nora pada asalnya memberitahu dia dijangka bersalin pada 9 Mac 2018.

Menerusi perkahwinan pertama, Nora dikurniakan seorang cahaya mata, Putera Rayqal, 9.

Manakala, Nedim juga mempunyai seorang anak, Mohamed Nedrin dalam perkahwinan terdahulu.

Tahniah diucapkan kepada Nora dan Nedim!

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: IG @bettyrahmad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *