“MACAM PENGANTIN DIRAJA” – MAJLIS SANDING NIENA BAHARUN DIPUJI PEMINAT

“MACAM PENGANTIN DIRAJA” – MAJLIS SANDING NIENA BAHARUN DIPUJI PEMINAT

Aktres yang popular menerusi drama bersiri Sayangku Kapten Mukhriz, Niena Baharun telah selamat mengadakan majlis persandingannya hujung minggu lalu.Namun, yang menarik perhatian adalah kemeriahan majlis tersebut seumpama istiadat diraja yang penuh dengan tatasusila.

Niena dan Aliff Firdaus yang sebelum ini telah selamat bernikah pada 1 Februari lalu di Kota Bharu, Kelantan itu menyarung persalinan kuning diraja sentuhan pereka fesyen Cosry.

Niena yang manis bertudung itu juga menggunakan aksesori tradisional sanggul lintang berwarna emas sebagai aksesori kepala.

Peminat juga memuji rekaan pelamin yang persis balairong istana zaman silam.

Tidak cukup dengan kemeriahan tetamu yang hadir, majlis persandingan yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu turut mengundang penyanyi Indonesia, Cakra Khan sebagai penyanyi jemputan.

“Comelnya, macam pengantin diraja,” puji salah seorang peminatnya.

“Nampak berat atas kepala tetapi sangat cantik,” tambah @farahmasija.

Malah, pelakon sensasi Fathia Latiff turut memeriahkan majlis tersebut.

“Ariana Dahlia dan Ariana Rose bergabung,” puji @_elevenna.

“Dah macam adik-beradik,” tambah @nisa-kamisan.

Apa kata kita saksikan gambar-gambar menarik sepanjang majlis persandingan sarat tradisi Niena dan Aliff.

Sama cantik sama padan, moga kekal till jannah

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @nienabahar

Sumber: AstroGempak

(1 Feb) Niena Baharun Sah Menjadi Isteri Aliff Firdaus

“MACAM PENGANTIN DIRAJA” – MAJLIS SANDING NIENA BAHARUN DIPUJI PEMINAT

KOTA BHARU – Dengan hanya sekali lafaz, heroin drama bersiri Sayangku Kapten Mukhriz, Niena Baharun sah menjadi isteri kepada seorang ahli perniagaan tempatan, Aliff Firdaus Abdul Hadi.

Majlis ijab dan kabul pasangan tersebut berlangsung secara sederhana di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian dekat sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari Khamis, menurut laporan media tempatan.

Difahamkan majlis akad nikah itu dihadiri oleh sanak saudara dan kenalan terdekat sahaja. Berita perkahwinan Niena atau nama penuhnya Amaniena Baharun, 25, turut dikongsi rakannya yang juga pelakon, Datin Eina Azman.

Beliau berkongsi peristiwa bersejarah itu menerusi Insta Story dalam laman sosial Instagramnya. Desas-desus itu diperkuatkan lagi apabila Niena sendiri berkongsi video dirinya dalam persalinan pengantin di Instagram beliau.

Rata-rata peminat dan netizen pula meninggalkan komen dengan mengucapkan tahniah kepada pelakon terbabit kerana akhirnya sudah selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan pada perkongsian beliau tersebut.

“MACAM PENGANTIN DIRAJA” – MAJLIS SANDING NIENA BAHARUN DIPUJI PEMINAT

Bagaimanapun, usaha pihak media cuba menghubungi Niena bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung berita pernikahannya itu belum berhasil setakat ini malah Eina turut menolak untuk memberikan sebarang kenyataan.

Ketika diminta untuk berkongsi mengenai kisah berita majlis perkahwinan berkenaan, Eina sebaliknya hanya menyerahkan kepada pelakon itu sendiri bagi menjelaskan perkara yang sebenar.

“Rasanya, tidak sesuai untuk saya pula yang memberikan kenyataan mengenai beliau. Lebih baiklah ia keluar daripada mulut Niena sendiri. Harap semua faham kedudukan saya,” kata Eina lagi.

“MACAM PENGANTIN DIRAJA” – MAJLIS SANDING NIENA BAHARUN DIPUJI PEMINAT

“MACAM PENGANTIN DIRAJA” – MAJLIS SANDING NIENA BAHARUN DIPUJI PEMINAT

Menerusi Insta Story yang dikongsinya itu, Eina secara kebetulan ketika ini difahamkan berada di sekitar Kota Bharu bersama suami dan ahli keluarganya turut mengucapkan tahniah kepada Niena.

Difahamkan juga, Niena enggan menggembar-gemburkan mengenai majlis pernikahannya berikutan sebuah pengumuman mengenai perkara itu akan diadakan tidak lama lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *