(VIDEO) BERCINTA SEMULA? PENGAKUAN DATUK HANS ISAAC BUAT NEELOFA TERKEDU!

Datuk Hans Isaac dan Neelofa kelihatan mesra sekali semasa mengacarakan program hiburan MeleTop baru-baru ini. Pada yang tidak tahu, Neelofa, 28, sebelum ini dilaporkan bercinta dengan Hans kira-kira dua tahun namun putus di tengah jalan pada Februari 2014.

Tebus Baucar Diskaun Ini Di Penghantaran KFC Online!
Sponsored by KFC

Secara kebetulan, Hans telah dijemput ke program MeleTop untuk mempromosikan Lawak Ke Der Tak Coverline. Sebuah rancangan bual bicara santai bersama Hans dan tetamu undanggannya yang terdiri daripada pelawak popular tanah air.

Dalam temubual tersebut, Nabil Ahmaddiberi kesempatan untuk bertanya kepada Hans soalan panas mengenai  hubungan Hans dan Neelofa pada masa akan datang.

Memandangkan Datuk Hans dan Neelofa tengah single , Apa akan jadi jika perasaan mahu bercinta dengan Neelofa datang balik, adakah anda berdua akan kembali bercinta semula?”

Dengan rasa yakin, Hans menjawab dengan tenang;

“Saya sudah kenal Neelofa sejak dia baru berkecimpung dalam dunia seni dan kedua-dua kami mempunyai haluan masing-masing. Jodoh kita tak tahu, namun buat masa sekarang hati saya sudah tertutup dan Saya perlukan orang yang agak istimewa untuk buka hati saya semula”

Namun Neelofa mengakui dia dan Hans bersahabat baik sehingga sekarang. Krisis hubungan antara Datuk Hans Isaac dengan bekas tunangnya Gabrielle Robinson yang menjadi persoalan kebelakangan ini ternokhtah apabila aktor itu membuat keputusan membatalkan perkahwinan mereka.

Sumber MeleTop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *