”Kalau perempuan itu berani, cubalah ! Saya akan koyakkan mulut dia ” – Che Ta

”Kalau perempuan itu berani, cubalah ! Saya akan koyakkan mulut dia ” – Che Ta

UALA LUMPUR: Pelakon, Rozita Che Wan, meluahkan rasa tidak puas hati beliau terhadap segelintir wanita yang suka merampas suami orang lain.

Sambil mengakui anti dengan golongan sebegitu, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 45, juga tidak faham mengapa ada perempuan sanggup menghancurkan hati wanita lain.

“Kalau ada pilihan untuk mengahwini lelaki bujang, mengapa perlu mencari suami orang? Saya memang tak boleh terima jika ada wanita yang sanggup menghancurkan rumah tangga orang lain.

“Bagi wanita yang bermadu atau suaminya dirampas orang lain, jangan lagi dikenang perkara yang lalu.

“Kena teruskan hidup kerana Tuhan akan menggantikannya dengan yang lebih baik selepas itu,” katanya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai Duta Projek Perumahan Tunas Homes & Tunas Boulevard di sini, hari ini.

Pada pertanyaan, apakah reaksinya jika ada pihak cuba untuk menggugat keharmonian rumah tangganya, sambil bergurau, pelakon Kiah Pekasam ini berkata wanita itu memang sengaja mencari nahas.

“Kalau perempuan itu berani, cubalah! Saya akan koyakkan mulut dia,” katanya sambil tertawa.

”Kalau perempuan itu berani, cubalah ! Saya akan koyakkan mulut dia ” – Che Ta

KUALA LUMPUR 27 JULY 2016. Selebriti, Rozita Che Wan dan suami, Zain Saidin (kiri) pada sesi fotografi sempena majlis sambutan Aidilfitri Media Prima Berhad 2016 di Balai Berita. NSTP/MUNIRA ABDUL GHANI

Terdahulu, isteri kepada pelakon Zain Saidin ini pernah memuat naik status di laman sosialnya yang secara terang-terangan menyindir golongan wanita yang merelakan diri menjadi orang ketiga.

Sumber : Berita Harian / Dikemaskini Oleh Berita Kopak

“Perempuan Sebenarnya Yang Hancurkan Hidup Perempuan Lain” – Che Ta Selar Perampas Suami Orang

”Kalau perempuan itu berani, cubalah ! Saya akan koyakkan mulut dia ” – Che Ta

Pelakon dan usahawan popular Rozita Che Wan menyelar tindakan segelintir wanita perampas suami orang.

Kata Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, dia tidak menyalahkan golongan lelaki sekiranya mereka mengambil keputusan untuk berpoligami.

“Saya anti perampas suami orang! Sebenarnya perempuan sendiri yang menghancurkan hidup perempuan lain!

“Kita tidak boleh menghalang lelaki daripada berkahwin dengan wanita lain namun sebagai wanita kita boleh menghalang diri daripada berkahwin dengan suami orang.

“Ada ramai lagi lelaki bujang, kenapa perlu rampas suami orang?

“Namun, jangan salah anggap. Kenyataan saya ini tidak bermakna saya menolak poligami,” katanya kepada Astro Gempak.

”Kalau perempuan itu berani, cubalah ! Saya akan koyakkan mulut dia ” – Che Ta

Che Ta ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, hari ini.

Che Ta turut menasihati wanita yang dimadukan atau dirampas wanita lain untuk ‘move on’ dan meneruskan kehidupan.

“Past is past! Anggap sahaja jodoh dengan suami anda setakat itu sahaja.

“Allah mahu berikan yang lebih baik untuk kita. Mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita,” katanya yang pernah berdepan situasi penceraian suatu ketika dahulu.

Che Ta pernah memuat naik sekeping entri di Instagram yang menyindir golongan wanita merampas suami orang.

Dalam perkembangan sama, Che Ta telah menandatangani kontrak selama dua tahun bersama syarikat hartanah berkenaan.

Teks oleh: Amri Hassan

Silakan SHARE…

Sumber : Gempak.Com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *