10 Fakta Penting Tentang Perdana Menteri Ke-7 Yang Semua Harus Tahu

10 Fakta Penting Tentang Perdana Menteri Ke-7 Yang Semua Harus Tahu

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan mengumumkan barisan Kabinet untuk 10 kementerian utama di bawah pentadbirannya esok.

10 Fakta Penting Tentang Perdana Menteri Ke-7 Yang Semua Harus Tahu

Kementerian utama itu adalah Kewangan, Dalam Negeri, Pertahanan, Pendidikan, Pembangunan Luar Bandar, Ekonomi, Kerja Raya, Pengangkutan, Sains, Teknologi dan Multimedia serta Luar Negara.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu juga secara rasmi mengumunkan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata, setiap menteri yang dilantik tidak terhad kepada setiap kementerian masing-masing tetapi akan bertindak secara saksama.

“Tidak ada menteri akan memainkan peranan lebih penting berbanding kementerian lain dan semuanya mempunyai peranan dan bidang kuasa yang sama.

“Pelantikan kementerian itu juga akan secara sama rata kepada semua empat parti komponen dalam Pakatan Harapan.

“Walau bagaimanapun, hanya esok saya umumkan nama-nama menteri yang akan memikul tanggungjawab 10 kementerian yang disebutkan tadi,” katanya dalam sidang akhbar di Yayasan Al-Bukhari pagi tadi.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V semalam, baginda berkenan untuk memberi pengampunan penuh kepada penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

10 Fakta Penting Tentang Perdana Menteri Ke-7 Yang Semua Harus Tahu

KUALA LUMPUR: Bangga, terharu dan sebak adalah antara reaksi yang diberikan rakyat Malaysia sebaik sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh pada Khamis.

Pelbagai kata-kata semangat dan harapan menjelang era baharu kepimpinan Pakatan Harapan yang diketuai Dr Mahathir dizahirkan menerusi media sosial sejak malam tadi.

Istiadat angkat sumpah yang menjadi perhatian itu berlangsung di hadapan Yang di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Balai Rong Seri, Istana Negara kira-kira jam 9.50 malam.

Berikut adalah 10 fakta mengenai Dr Mahathir yang anda perlu ketahui:

1) Dilahirkan pada 10 Julai, 1925 di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

2) Anak bongsu daripada 9 adik-beradik kepada pasangan Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi.

3) Pertama kali menyertai kabinet pada pilihan raya ketiga pada 1964 sebagai Ahli Parlimen Kota Setar.

4) Pertama kali dilantik menjadi Perdana Menteri keempat ketika berumur 56 tahun pada 1981.

5) Membawa Malaysia keluar daripada Krisis Kewangan Asia 1997 semasa pemerintahan beliau.

6) Sekali lagi menjadi Perdana Menteri pada 2018 ketika berusia 92 tahun selepas meletak jawatan pada 2003.

7) Kembali ke Pejabat Perdana Menteri di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya selepas 15 tahun dan dinobatkan sebagai Perdana Menteri tertua di dunia.

8) Mengumumkan keluar dari UMNO pada tahun 2016 kerana tidak bersetuju dengan pemerintahan Datuk Seri Najib Razak.

9) Mempengerusi dan menubuhkan parti politik baharu iaitu Parti Pribumi Bersatu (PPBM) pada 2017.

10) Mengetuai PPBM menyertai Pakatan Harapan bagi mengambil bahagian dalam pilihan raya ke-14.

SUMBER:UTUSAN ONLINE
SIAPAKAH TUN MAHATHIR? SEJAUH MANA ANDA KENALI BELIAU?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *