Najib letak jawatan serta-merta

Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai presiden Umno.

Pengumuman itu dibuat oleh dalam satu sidang media, petang Sabtu.

“Memandangkan Umno dan BN telah mengalami kekalahan yang amat berat, maka saya sebagai presiden Umno dan pengerusi BN mengambil keputusan untuk meletakkkan jawatan serta-merta.

“Ini kerana mengikut prinsipnya sesiapa yang menjadi ketua sesebuah parti, apabila parti itu gagal dalam pilihan raya tanggungjawab moral perlu diterima sepenuhnya oleh orang berkenaan,” katanya pada sidang media kira-kira jam 3 petang itu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Barisan Nasional (BN) hilang mandat apabila tewas kepada Pakatan Harapan.

PH memenangi 135 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *